Friday, August 18, 2006
rumah kedai taman semarak: dulu dan kini
ironisnya, kita hanya mampu menonton..
hanya mampu menjadi pelanggan setia..
mudah-mudahan ada antara kita (penghuni taman atau anak binjai) yang mampu memilikinya.
Tuesday, August 15, 2006
teruskan boikot
Sunday, August 13, 2006
sayonara WH14
Friday, August 11, 2006
lina joy
Benner ini di hadapan bangunan PAS Kemaman. Semalam terima emel dan SMS kononnya kes Lina Joy dah selesai. Dia dibenarkan murtad? Harakahdaily segera menafikan rumes ni. Kes ini belum dibacakan dimahkamahpun. Setengah orang suka sangat foward berita yang mereka sendiri tak pasti. Kesannya mungkin kempen tandatangan membantah IFC menjadi kurang berkesan. "Buat apa nak sign, kes dah selesai.."
Saya harap pihak berkuasa agama diberi kebenaran memulihkan aqidah Lina agar dia kembali kepada aqidah yang benar. Apapun, melentor buluh kenalah dari rebung. Yang dah tua kenalah pakai akal dan berlapang dada.. Bertaubatlah.
Satu lagi SMS yang mintak foward ke 10 orang - mimpi penjaga makam nabi, dunia dah hampir qiamat, banyakkan ibadat. Siapa foward dapat rezeki. Siapa tak foward dapat kesulitan yang berterusan.. Masya Allah! Yang dapat untung adalah tokeh line telepon.

Wednesday, August 09, 2006
kek semoga abang bahagia
kehidupan bermula di usia 40?
Semasa menziarahi ustaz harun di pasir semut semalam, dia merungut bahawa setelah melampaui usia 40an keadaan kesihatan seseorang mula menurun. Bila bersin sebanyak 3 kali, ia adalah alamat nak demam. Jika tidak segera makan ubat, ada kemungkinan demam itu akan berlarutan. Saya bertanya, tidakkah kehidupan seorang lelaki itu baru bermula setelah usia 40? (sebagai selalu disebut oleh banyak penceramah dan guru). Ustaz harun mengatakan bahawa, keadaan itu hanya benar dari sudut pemikiran. Pemikiran seorang lelaki biasanya benar-benar matang semenjak umurnya 40. Tapi dari sudut kesihatan adalah sebaliknya.
Beliau memberi contoh bagaimana Sheikh Yasin yang digeruni pemikirannya oleh Israel. Selain sudah tua, beliau hanya memimpin kekuatan HAMAS hanya dari atas kerusi roda.
Beliau memberi contoh bagaimana Sheikh Yasin yang digeruni pemikirannya oleh Israel. Selain sudah tua, beliau hanya memimpin kekuatan HAMAS hanya dari atas kerusi roda.
Monday, August 07, 2006
siapa kawan, siapa lawan?
menjelang 40
menjelang 40
apakah aku sedewasa itu
nabi muhammad SAW diturunkan wahyu pertama
suatu yang tak sanggup dipikul makhluk lain
ini tugas agama
ini tugas ummah
mari tanggung bersama
apakah aku sedewasa itu
nabi muhammad SAW diturunkan wahyu pertama
suatu yang tak sanggup dipikul makhluk lain
ini tugas agama
ini tugas ummah
mari tanggung bersama
Sunday, August 06, 2006
aiman tak kesah
Di saat umat islam di lubnan dihujani peluru berpandu, ke manakah anak-anak muda kita hendak dibawa? Majlis Kebudayaan Daerah Kemaman (dengan kerjasama MDK tentunya) anjur skrin besar untuk muda-mudi yang tak puas tengok TV kecil di rumah dan yang tak ada ASTRO di rumah. Atau mereka bolehlah bersama pasangan di padang yang terbuka.Jom sokong anak Marang jadi penyanyi.. demikianlah seruan Majlis Belia Marang.
Mereka membunuh anak-anak muda islam di Lubnan dan Palestin dan mereka ulit anak-anak muda kita dengan lagu 'Aiman tak kesah' versi AF4.. Moga-moga Faizal bawa imej rakyat terengganu yang baik.
Mereka membunuh anak-anak muda islam di Lubnan dan Palestin dan mereka ulit anak-anak muda kita dengan lagu 'Aiman tak kesah' versi AF4.. Moga-moga Faizal bawa imej rakyat terengganu yang baik.
tapi yang ini, memang dah lama terbiar/ terbengkalai?
Projek padang futsal, taman semarak binjai. Hanya lantai siap. Hingga hari ini, tiada langkah susulan. Tak tahulah apa masalahnya. Ini adalah projek pertama padang taman yang tiada penghujungnya. Anak-anak taman semarak hanya mampu jadikan jalanraya sebagai tempat permainan mereka. Padang yang ada barangkali hanya sesuai buat tempat parking lori!
Saya harap pihak berotoriti cepatlah bangunkan padang ini terutamanya tempat permainan kanak-kanak. Ini penting bagi mengelakkan kanak-kanak bermain di jalanraya yang hanya selangkah dari dalam rumah mereka.

Friday, August 04, 2006
harap tak terbengkalai 12 juta
Menurut utusan malaysia semalam, pasar baru binjai berharga 12 juta yang dijangka siap oktober ini, sudahpun terbengkalai. Saya pergi tengok tapak pasar tu, memang kerja-kerja tanam cerucuk dah berenti. Harap-harap wakil rakyat air putih cepat-cepatlah setel. Jangan tunggu pilihanraya baru nak buat semula..Adakah ini berpunca dari masalah pengambilan tanah? Takkanlah kerja-kerja pembinaan dimulakan sebelum semua urusan pengambilan tanah diselesaikan terlebih dulu? Tentulah pengurusan kabinet terengganu bestari tidak selemah itu..
Alamak! Nak tengok pasar baru, kenalah undi BN lagi..
12 juta tu bukannya sikit, susah nak kira tu..
Saya terkenang sudin dan aziz yang membahagi-bahagikan hasil mahsul negara yang mereka kebas.. Satu untuk engkau, satu untuk aku..

Thursday, August 03, 2006
adakah saya berasa takut?
Dua malam lepas, saya terpandang sebuah tahi bintang jatuh di sisi bulan separuh bulat..
Semalam pula, kilat dan petir sambar-menyambar, persis hendak menembak kapal 'syaitan besar' di pelabuhan kemaman. Anak-anak tidur awal, kerana takut mendengar petir yang sangat kuat. Saya terkenang anak-anak di lubnan yang mendengar bedilan yahudi.. Tidakkah mereka lebih takut..?
Hari ini, jumpa foto awan membentuk seperti seekor naga.. Kawan-kawan ajak demo di Batu 6 jumaat ini?
Hari ini, kabinet hadari beri amaran nak tangkap blogger yang berkeliaran di alam maya? Adakah saya berasa takut?

Wednesday, August 02, 2006
dia mai lagi
Entah kali ke berapa mereka (US Nazy) datang lagi. Selepas mengiringi Condoleza baru-baru ni, ingatkan mereka dah balik setelah berlabuh selama 3 hari.
Semalam dia datang lagi lebih kurang 3 buah kapal perang.
Siap dengan peledak/ meriam. Tak tahulah berapa jauh boleh tembak..
Khabarnya nak buat latihan perang dengan negara ketua OIC..
JAHANAM AMERIKA !!!
awas !!! mereka mahu bunuh saudara-saudara kita di seluruh dunia

Tuesday, August 01, 2006
anak-anak yahudi, anak-anak lubnan dan anak-anak kita
mari tukar jalur gemilang yang dah berkarat
Subscribe to:
Posts (Atom)