Monday, July 31, 2006

anak-anak lubnan dan anak-anak kita


peluru israel untuk anak-anak lubnan..




37 anak-anak lubnan jadi mangsa di qana, lubnan
kita hanya mampu angkat sepanduk



anak-anak kita masih boleh tersenyum..



mari kita ajak anak-anak kita berdoa untuk anak-anak saudara kita
di lubnan..
HANCUR AMERIKA
HANCUR AMERIKA
HANCUR YAHUDI

Sunday, July 30, 2006

cleanup the state



Semalam, saya tertunggu-tunggu kiranya ada pihak-pihak berotoriti di Perumahan Taman Semarak Binjai nak ambil kesempatan dari program anjuran kerajaan negeri terengganu - clean up the state. Saya lihat di taman-taman yang lain, ada. Walaupun tak ramai yang hadir. Yang penting ada pihak yang anjur, yang berminat dan tidak malas bolehlah hadir.
Di Masjid Binjai, SK Binjai, Rumah Murah dan Batu 4 ada. Mengapa di Taman yang antara terbesar di Kemaman, tiada anjuran bersih kawasan? Yang kelihatan hanyalah beberapa orang pekerja kontrek MPK.
Yang peliknya, kerajaan terengganu bestari pilih slogan orang putih buat kempen kebersihan - 'clean up the state'. Budaya bahasa campur-aduk ini juga patut di'bersih'kan.

Friday, July 28, 2006



patutlah ramai sangat awak-awak dia (navy) di sini (kemaman)

rupanya boss dia ada..

Ketua OIC/ NAM senyum je bersalam dengan puan liza

disaat tentera israel menjahanamkan hamas dan hizbullah

mahu ke puan liza dengar cakap paklah?

Thursday, July 27, 2006

dia sudah mai



DIA sudah mendarat di Kemaman
menuju hotel entah berapa bintang
rakan mereka melanyak saudara kita di palestin dan lubnan
di sini kita hanya mampu berjalan bersama mereka beriringan

Saya bukannya penulis macam faisal tehrani atau astora jabat. Tapi tak apalah. Saya akan cuba tulis juga. Biarpun untuk hanya dibaca oleh diri sendiri. Yang penting saya mesti istiqamah. Sekadar termampu. Itu janji saya pada diri sendiri.

huray, saya dah ada blog

Sekian lama saya menyimpan hasrat nak buat blog sendiri, baru kini terlaksana. Selama ni bila lihat blog yang orang buat, saya tertanya-tanya macamana nak buat blog retek? Tapi tak tahu pada sape nak tanya. Tiba-tiba hari ni saya dapat petunjuk. Alhamdulillah.
Saya memang minat menulis dari bangku sekolah lagi. Tapi oleh kerana bakat tak begitu baik, barangkali minat tu tak kemana. Tulis dalam diaripun tak istiqamah. Hari ni saya jumpa media baru di blog ni, saya harap dapat asah balik bakat yang sekian lama terpendam.