Thursday, July 27, 2006

huray, saya dah ada blog

Sekian lama saya menyimpan hasrat nak buat blog sendiri, baru kini terlaksana. Selama ni bila lihat blog yang orang buat, saya tertanya-tanya macamana nak buat blog retek? Tapi tak tahu pada sape nak tanya. Tiba-tiba hari ni saya dapat petunjuk. Alhamdulillah.
Saya memang minat menulis dari bangku sekolah lagi. Tapi oleh kerana bakat tak begitu baik, barangkali minat tu tak kemana. Tulis dalam diaripun tak istiqamah. Hari ni saya jumpa media baru di blog ni, saya harap dapat asah balik bakat yang sekian lama terpendam.

No comments: