Wednesday, August 09, 2006

kehidupan bermula di usia 40?

Semasa menziarahi ustaz harun di pasir semut semalam, dia merungut bahawa setelah melampaui usia 40an keadaan kesihatan seseorang mula menurun. Bila bersin sebanyak 3 kali, ia adalah alamat nak demam. Jika tidak segera makan ubat, ada kemungkinan demam itu akan berlarutan. Saya bertanya, tidakkah kehidupan seorang lelaki itu baru bermula setelah usia 40? (sebagai selalu disebut oleh banyak penceramah dan guru). Ustaz harun mengatakan bahawa, keadaan itu hanya benar dari sudut pemikiran. Pemikiran seorang lelaki biasanya benar-benar matang semenjak umurnya 40. Tapi dari sudut kesihatan adalah sebaliknya.

Beliau memberi contoh bagaimana Sheikh Yasin yang digeruni pemikirannya oleh Israel. Selain sudah tua, beliau hanya memimpin kekuatan HAMAS hanya dari atas kerusi roda.

No comments: